Wednesday 13 April 2011

Biodata

Nama : Sharifah Norhasniza Bt Tuan Aziz 
Lawati Laman Facebook (Raudhatus Sakinah)
Tarikh Lahir : 10 November 1978
Asal : Terengganu
Iktisas : MPKTBR (1998/2001)
Sejarah Perkhidmatan :
Jun 2001 - SK.Tanjung Puteri, Johor Bharu
Mac 2002 - SK Felda Kerteh 1 Dungun, Terengganu.
Mei 2002 - SK Cheneh Baru 2 kemaman, Terengganu.
Jan 2010 - SK Felda Cherul Kemaman, Terengganu.
????

Tuesday 12 April 2011

Sila ke Laman FB saya... (di sini)

Warga SKFC 2010

Cinta ALLAH

Doa Untuk Ibu Bapa

5 Hikmah Beristighfar

  1. Menghidupkan jiwa yang resah.
  2. Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  3. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.
  4. Membenteras tipu daya syaitan.
  5. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah SWT dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Jaga 7 Sunnah rasulullah S.A.W


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

1 - : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2 - : Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3 - : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4 - : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5 - : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6 - : Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

7 - : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.